Aktiviti 1 : Ulasan Buku Kajian Tindakan

Saturday, November 7, 2009


Tajuk Buku : Action Research for Improving Practice (A Practical Guide)
Penulis : Valsa Koshy

BAB 1 : APA yang dimaksudkan Kajian Tindakan?

Berdasarkan buku Action Research for Improving Practice, kajian tindakan merupakan proses pembelajaran melalui perbuatan (learning by doing) iaitu kajian yang melibatkan amalan pengkaji itu sendiri atau yang dilakukan oleh pengkaji itu sendiri dan bukannya kajian dari pihak luar. Sesuai dengan falsafah kajian tindakan itu sendiri iaitu 'Hari ini lebih baik dari semalam'.
Muhasabah diri yang sering ditekankan dalam agama Islam kita juga salah satu contoh kajian tindakan yang baik untuk memperbaiki kelemahan diri serta meningkatkan keimanan kita sebagai hamba kepadaNYA.

Kajian tindakan melibatkan proses memberbaiki amalan yang terdahulu kepada mutu amalan yang lebih baik untuk tujuan penambahbaikkan. Dalam proses pembaikkan tersebut, beberapa langkah telah dikenalpasti dalam melaksanakan satu kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan refleksi.Setiap langkah tersebut perlu dilaksanakan dan dialami oleh pengkaji itu sendiri dan pada akhirnya satu perubahan akan berlaku pada amalan yang sebelumnya sebagai satu langkah penambahbaikkan untuk meningkatkan mutu serta kualiti diri pengkaji itu sendiri.

BAB 5 : Pengumpulan Data
Bab ini menyediakan panduan tentang teknik untuk pengumpulan data yang berfokus kepada:
  1. Berlandaskan etika
  2. Perbincangan tentang metodologi
  3. Metod pengumpulan data
1. Berlandaskan Etika
-perlu mohon kebenaran daripada peserta yang terlibat sebelum melakukan kajian tindakan.
-Menyediakan salinan panduan etika kepada peserta kajian tindakan.
-menerangkan matlamat melakukan kajian tindakan. Seperti yang kita tahu, hasil akhir kajian tindakan adalah untuk melakukan penambahbaikkan terutamanya dari segi latihan.
-sensitif kepada perasaan dan persepsi keluarga pelajar dan pelajar itu sendiri
-berkongsi maklumat yang diperoleh dengan rakan-rakan penyelidik dan responden yang terlibat supaya mereka boleh terlibat sama dengan laporan yang akan anda buat.
-jika anda mempunyai idea yang baru dan memerlukan penglibatan pelajar, keluarga keluarga perlu diberi maklumat.
-jika kamu melakukan kajian yang melibatkan isu-isu sensitif, usaha lebih diperlukan untuk memastikan matlamat dan objektif kajian tindakan dapat berkomgsi dengan peserta-peserta yang terlibat.

2. Perbincangan Dengan Metodologi
Penyelidik untuk Kajian tindakan boleh menggunakan pelbagai metod untuk mengumpul data. Beberapa persoalan boleh dikemukan sebelum memulakan proses pengumpulan data tersebut :
  • Apakah matlamat kajian tindakan?
  • Apakah aspek yang ingin difokuskan atau ditekankan?
  • Apa yang diperlukan sebagai bukti untuk mencapai matlamat?
  • Adakah kajian anda realistik dan munasabah?
  • Bagaimanakah anda merekod data anda?(alat apa yang digunakan) 
3. Metod Pengumpulan Data
Terdapat banyak kaedah dan cara yang boleh digunakan untuk mengumpul data. Sebagai pengkaji kita perlu bijak memilih jenis metod yang digunakan agar bersesuaian dengan tugasan kita. Yang menjadi keutamaan ialah kualiti data yang telah dikumpul. Bukannya bilangan cara pengumpulan data.

Antara metod yang digunakan untuk pengumpulan data ialah :-
  • questionnaires
  • conducting interviews
  • gathering documentary evidence
  • field diaries and notes
  • systematic observation


    BAB 6 : Analisis Data
    Bab ini menerangka bahawa proses penganalisi data terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
    1. Sifting through data
    2. Ways of analysing representing data
    3. Examples of data analysis
         Sebagai seorang penyelidik, kes atau kajian yang dibuat perlu koheren(logik dan munasabah) untuk dikaji berdasarkan bukti-bukti data yang diperoleh.Persembahan data/bukti kebanyakkannya dalam bentuk penerangan dan huraian.Dalam buku inu, penulis menyatakan bahawa menganalisis kualitatif data adalah sama dengan menganalisis data kuantitatif dari sampel data yang besar menggunakan kaedah statistik.

       Pada tahap ini, perhatian lebih perlu diberikan kepada kritikan yang dibuat oleh peserta-peserta yang terlibat dalam kajian yang anda buat.Menurut penulis, pelbagai perkara perlu diberi perhatian dalam mengendalikan kritikan-kritikan yang didapati hasil kajian tersebut.Antara yang paling utama ialah sebagai penyelidik kita mesti faham objektif dan tujuan kajian tindakan dilakukan dan apakah kajian tindakan itu sendiri.

    Penulis sekali lagi menekankan bahawa:
    • Kajian tindakan merupakan kajian atau penyelidikan tentng persoalan/topik/masalah dalam lingkungan penyelidik itu sendiri di mana penyelidik tersebut terlibat dan mengalami sendiri proses-proses kajian tersebut.
    • Kajian tindakan fokus kepada satu kes/komuniti yang kecil.
    • Kajian tindakan bertujuan untuk mencipta satu makna baru menggunakan huraian/penerangan yang jelas dan penceritaan berdasarkan pengalaman yang telah dialami.
    • Penyelidik tindakan :
      • membentuk kemahiran melalui pemerhatian secara lebih dekat dengan keadaan atau topik sebenar yang ingin dikaji.
      • menganalisis kemahiran yang diperoleh
      • mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kajian
      • mentafsir/menilai data yang diperoleh daripada mengeneralisasikan dapatan berdasarkan kajian yang melibatkan bilangan sampel yan besar.
    Analisis Data Bermula
    Sebelum menganalisis data, penyelidik  perlu mengimbas kembali :
    • Matlamat
    • Persoalan Kajian
    Dalam menganalisis data, penyelidik berusaha untuk mendapatkan tema ataupun corak kajian yang dikaji agar dapat mempersembahkan hasil kajian berdasarkan matlamat kajian yang telah ditetapkan.(tidak lari dari objektif utama kajian).Sentiasa bersedia dengan hasil yang diluar jangkaan yang boleh dikaitkann dengan kajian anda dan laporkan tentang hasil luar jangkaan tersebut sebagai rujukan dan bukti.Kesimpulan akhir kajian mestilah berkaitan dan berpandukan matlamat dan objektif asal kajian.

    Cara Mempersembahkan Data
    1. Data Kuantitatif
      • questionnaires, quantifiable information through observation di mana data terebut data yang diperoleh boleh dipersembahkan dalam betuk jadual dan gambar rajah:-
      • Kelebihan-kelebihan penggunaan jadual dan gambar rajah/carta:-
        • visual display makes it easier for reader to understand the information
        • data yang ditunjukkan juga telah diringkaskan mengikut kepentingan dan keperluan kajian merujuk kepada tindakan/topik/persoalan yang ingin dikaji. 
    2. Data Deskriptif 
      • Interview
        • Kaedah yang biasa digunakan untuk mengumpul data.
        • Pengendaliannya dilakukan dengan mencatat butir-butir temuduga atau merekod keseluruhan temuduga menggunakan alat merekod.
        • Pada tahap data analisis, data-data yang penting akan diambil sebagai dapatan kajian untuk dipersembahkan. 
      • Observation/Pemerhatian
        • nota pemerhatian melalui kes study
        • record the changes in the attitudes and behaviours
      • Video Recording 
        • menyediakan peluang yang unikuntuk mengumpul data yang sebenar dan mengenalpasti data-data yang terlibat ketika kejadian sebenar berlangsung.
        • tetapi masalah dalam menggunakan kaedah ini, persembahan video tersebut terlalu panjang untuk ditunjukkan. Penyeledik perlu membuat cacatan terperinci tentang apa yang mereka rakam.Bantuan gambar juga membantu untuk mempersembahkan data. 
    Proses Untuk Analisis Data Quantitatif
    1. Data Reduction
      • process of selecting, focusing, simplifying, abstracting and transforming the data from written up field notes/transcriptions
      • researcher encharged throughout the enquiry until the conclusion is made.  
    2. Data Display 
      • graf, carta dan jaringan(peta minda)
      • bertujuan supaya informasi atau data lebih tersusun, mudah dibaca dan difahami untuk memudahkan penyelidik melakukan analisis pada data yang telah diperolehi. 

      0 comments: