Aktiviti 13 : Tugasan 4 : Mini Kajian Tindakan

Friday, December 4, 2009

Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/ kaedah mengajar/ pentaksiran pembelajaran :
Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah?

1. TEORI BEBAN KOGNITIF

Teori Beban Kognitif mencadangkan bahawa pembelajaran berlaku dengan terbaik dalam keadaan yang setaraf dengan reka bentuk kognitif individu. Menurut Sweller et al., (1988), kajian yang dihasilkan oleh George Miller menunjukkan bahawa ingatan jangka pendek mengehadkan bilangan elemen yang boleh ditafsir oleh seseorang individu. Oleh itu, Sweller telah membina teori ini dengan menggunakan skema atau gabungan beberapa elemen sebagai asas pengetahuan bagi seseorang individu.

Skema merupakan sejenis struktur yang terdiri daripada kandungan ingatan jangka panjang yang berstruktur kompleks. Struktur ini membenarkan kita untuk menerima, memikir dan menyelesaikan masalah. Dengan itu, struktur ini merupakan struktur yang menyumbangkan kepada asas pengetahuan individu (Sweller et al., 1998). Untuk memastikan proses perolehan skema dapat berlaku, arahan yang berkesan perlu direka demi mengurangkan beban peringatan bekerja (Sweller, 1988).



Teori beban kognitif merupakan teori yang membincangkan teknik-teknik dalam mengurangkan beban ingatan jangka pendek dan kemudian membantu dalam perubahan ingatan jangka panjang yang berkaitan dengan proses perolehan skema.
Teori Beban Kognitif adalah sesuai digunakan dalam bidang reka bentuk bahan pembelajaran terarah seperti modul. Teori ini telah banyak diaplikasikan ke dalam mereka bentuk bahan pembelajaran dan berdasarkan teori ini jika beban kognitif yang muncul semasa proses pembelajaran dapat diminimakan maka proses pembelajaran akan lebih berkesan (Sweller et al., 1998).
  • Kesan perhatian terasing (Split-Attention Effect) – keadaan di mana penerangan dalam bentuk teks terasing daripada grafik dan pelajar perlu mentafsirkan kedua-dua sumber untuk memahami maklumat baru.
  • Kesan modaliti (Modality Effect) – penggunaan modaliti visual dan auditori akan dapat meningkatkan keupayaan ingatan jangka pendek untuk mengambil tindakan.
  • Kesan ulangan (Redundancy Effect) – kesan daripada ulangan maklumat yang disembahkan dalam bentuk teks dan grafik. Pelajar dikehendaki mentafsir maklumat yang sama tetapi berlainan jenis dan ini telah menambahkan beban kognitif pada pelajar.
2. PROBLEM BASED LEARNING


PBL merupakan satu proses pembelajaran di mana masalah merupakan pemandu utama ke arah pembelajaran tersebut. Boud dan Tamblyn (1980) mendefinisikan PBL sebagai
...the learning which result from the process of working towards the understanding of, or resolution of, a problem.

Margetson (1991) pula menganggap PBL sebagai konsep pengetahuan, pemahaman dan pendidikan secara mendalam berbeza daripada kebanyakan konsep yang terletak di bawah pembelajaran berasaskan mata pelajaran.

Kelebihan pendekatan PBL ini:
  • Pelajar akan bekerja secara koperatif dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah sebenar dan yang paling penting membina kemahiran untuk menjadi pelajar yang boleh belajar secara kendiri (Hamizer, Baharuddin & Mohamad, 2003).
  • Pelajar akan membina kebolehan berfikir secara kritis secara berterusan berkaitan dengan idea yang dihasilkan serta apa yang akan dilakukan dengan maklumat yang diterima. (Gallagher, 1997)
Di dalam melaksanakan proses pembelajaran PBL ini, Bridges (1992) dan Charlin (1998) telah menggariskan beberapa ciri-ciri utama yang perlu ada di dalamnya seperti berikut:

  •  Pembelajaran berpusat atau bermula dengan masalah.
  •  Masalah yang digunakan merupakan masalah dunia sebenar yang mungkin akan dihadapi oleh pelajar dalam kerjaya profesional mereka di masa hadapan ( Ill Structured Problem)
  • Pengetahuan yang diharapkan dicapai oleh pelajar semasa proses pembelajaran disusun berdasarkan     masalah dan bukannya disiplin.
  • Para pelajar adalah bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka sendiri.
  • Pelajar akan bersifat aktif dengan pemprosesan maklumat.
  • Pengetahuan sedia ada akan diaktifkan serta menyokong kepada pembangunan pengetahuan yang baru.
  • Pengetahuan akan diperolehi dalam konteks yang bermakna.
  • Pelajar berpeluang untuk meningkatkan serta mengorganisasikan pengetahuan.
  • Kebanyakan pembelajaran berlaku dalam kumpulan kecil berbanding menerusi kaedah perkuliahan.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan proses pembelajaran menggunakan kaedah PBL dpat memberikan hasil yang cukup memberangsangkan. Kajian oleh Cawley (1988) terhadap pelajar-pelajarnya dalam bidang kejuruteraan mekanikal mendapati bilangan pelajar yang ingin mengikuti pendekatan ini bertambah setiap sessi kemasukan apabila mereka diberikan pilihan untuk mengikutinya.


Penyelidikan ke atas pekerja sosial yang telah dijalankan oleh Heycox & Bolzan (1990) ke atas pekerja-pekerja berbangsa Vietnam (yang tidak fasih berbahasa Inggeris). Mereka mendapati kebanyakan daripada pekerja sosial tersebut mudah mendapat kemahiran yang dipelajari dengan menggunakan pendekatan PBL ini.

Aktiviti 10

Mengenalpasti Masalah Kajian Tindakan

  1. Membuat kajian keperkustaan serta menganalisis
  2. Fokus kepada topik, persoalan dan membuat hipotesis
  3. Merancang aktiviti
  4. Mengumpul data
  5. Menganalisis data
  6. Bertindak
  7. Refleksi dan hasil
  8. Laporan

Aktiviti 8

Aktiviti 6 : Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

Thursday, December 3, 2009

Kekuatan pengajaran subjek berkenaan:-

Pengalaman/refleksi secara individu:-
  • Berdasarkan pengalaman menjadi pelajar, apa yang menarik tentang subjek ICT ialah ia merupakan satu subjek yang baru dan lebih banyak melibatkan kerja-kerja amali di mana pelajar dikehendaki pergi ke makmal komputer untuk subjek tersebut.
  • Pelajar-pelajar berpeluang membuat latihan sendiri menggunakan kemudahan komputer yang disediakan.
  • Aplikasi dan perisian yang pelbagai menarik minat pelajar untuk belajar dan mencetus perasaan ingin tahu dalam diri pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru.

Pengalaman/refleksi secara berkumpulan:-
  • Penglibatan pelajar secara langsung melalui latihan secara praktikal di dalam kelas memberi pengalaman baru buat pelajar dan membantu mereka memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru.
  • Selain itu, pendedahan seperti ini dapat membantu pelajar meneroka dan memperkembangkan lagi daya kreativiti mereka.
Penceritaan dan Permainan dalam proses P&P
  • Penceritaan dan Permainan sebagai kaedah dalam P&P membantu menarik minat pelajar kerana kaedah-kaedah ini memberi kelainan kepada kepelbagaian teknik mengajar yang digunakan oleh guru.
  • Gabungan kedua-dua kaedah ini membantu menarik minat dan perhatian pelajar semasa proses P&P.
  • Kaedah penceritaan -Pelajar perlu menumpukan perhatian terhadap cerita yang disampaikan oleh guru.
  • Kaedah permainan - Melibatkan penglibatan pelajar secara aktif.

Aktiviti 5

Wednesday, December 2, 2009

Tugasan 1 : Ulasan Buku dan  Tugasan 4 : Mini Kajian Tindakan

Individu : Mengapa guru(pelatih/novis/berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Pada awal pengenalan kursus kajian tindakan ini, Dr. Siti telah menekankan tentang maksud Kajian Tindakan dan kepentingannya dalam dunia pendidikan terutamanya bagi seorang guru. Antara sebab mengapa seorang guru perlu membuat kajian tindakan ialah:-

  1. Mengenalpasti masalah yang dihadapi semasa proses P&P.
  2. Mengenalpasti kelemahan serta memperbaiki kaedah mengajar yang sedia bagi tujuan penambahbaikan.
  3. Meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan itu sendiri.
  4. Memartabatkan profesion keguruan sebagai profesion yang mulia dan mencabar.
  5. Memperkembangkan daya kreativiti guru dalam proses P&P.
  6. Menggalakkan konsep pendidikan sepanjang hayat disepadukan dalam diri para guru.
  7. Memastikan guru sentiasa bersedia dengan memperkembangkan ilmu yang sedia ada.
  8. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan kemahiran guru sebagai penambahbaikan dalam proses P&P.
  9. Meluaskan perspektif pengajaran yang bukan hanya tertumpu pada aspek kognitif semata-mata.
  10. Meningkatkan motivasi dalam diri para guru dan berani mencuba untuk melakukan perubahan baru berdasarkan keprihatinan guru terhadap pelajar-pelajarnya.
  11. Melahirkan guru yang prihatin dan bertanggungjawab dalam melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan falsafah pendidikan negara.


Aktiviti 4 : Mini Kajian Tindakan

Saturday, November 21, 2009

Alat Muzik dan Video/Slaid Dengan Nyanyian dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.

  • Kajian ini menjurus kepada penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan alat muzik dan video/slaid yang diiterpretasikan dalam nyanyian dalam pembelajaran vokal.

Aktiviti 7 : Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : Alat Muzik dan Video/Slaid dengan Nyanyian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Kelemahan :
  • Tidak semua kaedah pengajaran boleh didapati dengan mudah yang memenuhi ciri-ciri dan objektif pengajaran.
  • Penggunaan alat elektronik sebagai bahan bantu mengajar sepenuhnya juga menjadi kelemahan. Adakalanya ia menyekat guru untuk lebih kreatif dalam pengajarannya kerana terlalu bergantung kepada video.

Aktiviti 9 : Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

TAJUK : PENCERITAAN DAN PERMAINAN DALAM PROSES P&P



Matlamat Kajian Tindakan

Meningkatkan Penguasaan dan Pemahaman Pelajar dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Objektif Kajian Tindakan
  1. Menggalakkan penglibatan pelajar dalam P&P
  2. Mencungkil daya kreativiti guru dan pelajar dalam P&P
  3. Menambahbaik kaedah pengajaran yang sedia ada.

 Bentuk Soalan Kajian Tindakan
  1. Bagaimanakah kaedah penceritaan dan permainan diinterpretasikan dalam pembelajaran dalam pengajaran?
  2. Adakah kaedah penceritaan dan permainan dalam P&P dapat membantu meningkatkan penguasaan dan pemahaman pelajar dalam bilik darjah?

Aktiviti 2 : Jurnal Kajian Tindakan

Friday, November 13, 2009



Tajuk : Pedagogical reasoning, creativity and cooperative learning in the visual art classroom


Penulis : Kerrie Corcoran and Cheryl Sim Cannon Hill Anglican
College and Griffith University, Brisbane Australia





Artikel ini melaporkan kajian tindakan yang menggabungkan pendekatan proses-produk untuk penambahbaikkan pembelajaran melalui latihan secara reflektif. Kajian tindakan ini berpusatkan kepada pengajaran ekplisit(luaran) daripada model pembelajaran kooperatif yang dilakukan untuk memudahkan pembentukan kreativiti pelajar dalam membuat seni. Salah seorang dari pengkaji telah melakukan kajian tindakan untuk menguji pengajarannya tentang kreativiti dengan mengaplikasikan model pembelajaran kooperatif yang sesuai. Berdasarkan analisis dari data yang dikumpul, pengkaji mendapati bahawa tanggapan pelajar dan kandungan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam pemilihan pedagogi yang akan digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran dan pengajaran yang kreatif boleh dicapai dengan jayanya apabila guru memahami sifat dan kriteria pemikiran pedagogi bagi pengajaran mereka yang sendiri.


Metod :Creative Problem Solving Model(CPS)



The strategy originally was formulated by Alex Osborn (1963), creator of brainstorming, founder of the Creative Education Foundation (CEF) and co-founder of a highly successful New York advertising agency.



Sidney Parnes, a bright and creative person who followed Osborn as President of CEF, invested nearly 40 years teaching creativity workshops and course and thinking about the creative process.



The model is usually presented as five steps, but sometimes a preliminary step is added called mess-finding which involves locating a challenge or problem to which to apply the model.
The total six stages are:


  1. Mess-finding (Objective Finding)
  2. Fact-finding
  3. Problem-Finding
  4. Idea-finding
  5. Solution finding (Idea evaluation)
  6. Acceptance-finding (Idea implementation)


The steps guide the creative process. They tell you what to do at each immediate step in orde to eventually produce one or more creative, workable solutions. A unique feature is that each step first involves a Divergent thinking phase in which one generates lots of ideas (facts, problem definitions, ideas, evaluation criteria, implementation strategies), and then a convergent phase in which only the most promising ideas are selected for further exploration.






Aktiviti 1 : Ulasan Buku Kajian Tindakan

Saturday, November 7, 2009


Tajuk Buku : Action Research for Improving Practice (A Practical Guide)
Penulis : Valsa Koshy

BAB 1 : APA yang dimaksudkan Kajian Tindakan?

Berdasarkan buku Action Research for Improving Practice, kajian tindakan merupakan proses pembelajaran melalui perbuatan (learning by doing) iaitu kajian yang melibatkan amalan pengkaji itu sendiri atau yang dilakukan oleh pengkaji itu sendiri dan bukannya kajian dari pihak luar. Sesuai dengan falsafah kajian tindakan itu sendiri iaitu 'Hari ini lebih baik dari semalam'.
Muhasabah diri yang sering ditekankan dalam agama Islam kita juga salah satu contoh kajian tindakan yang baik untuk memperbaiki kelemahan diri serta meningkatkan keimanan kita sebagai hamba kepadaNYA.

Kajian tindakan melibatkan proses memberbaiki amalan yang terdahulu kepada mutu amalan yang lebih baik untuk tujuan penambahbaikkan. Dalam proses pembaikkan tersebut, beberapa langkah telah dikenalpasti dalam melaksanakan satu kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan refleksi.Setiap langkah tersebut perlu dilaksanakan dan dialami oleh pengkaji itu sendiri dan pada akhirnya satu perubahan akan berlaku pada amalan yang sebelumnya sebagai satu langkah penambahbaikkan untuk meningkatkan mutu serta kualiti diri pengkaji itu sendiri.

BAB 5 : Pengumpulan Data
Bab ini menyediakan panduan tentang teknik untuk pengumpulan data yang berfokus kepada:
  1. Berlandaskan etika
  2. Perbincangan tentang metodologi
  3. Metod pengumpulan data
1. Berlandaskan Etika
-perlu mohon kebenaran daripada peserta yang terlibat sebelum melakukan kajian tindakan.
-Menyediakan salinan panduan etika kepada peserta kajian tindakan.
-menerangkan matlamat melakukan kajian tindakan. Seperti yang kita tahu, hasil akhir kajian tindakan adalah untuk melakukan penambahbaikkan terutamanya dari segi latihan.
-sensitif kepada perasaan dan persepsi keluarga pelajar dan pelajar itu sendiri
-berkongsi maklumat yang diperoleh dengan rakan-rakan penyelidik dan responden yang terlibat supaya mereka boleh terlibat sama dengan laporan yang akan anda buat.
-jika anda mempunyai idea yang baru dan memerlukan penglibatan pelajar, keluarga keluarga perlu diberi maklumat.
-jika kamu melakukan kajian yang melibatkan isu-isu sensitif, usaha lebih diperlukan untuk memastikan matlamat dan objektif kajian tindakan dapat berkomgsi dengan peserta-peserta yang terlibat.

2. Perbincangan Dengan Metodologi
Penyelidik untuk Kajian tindakan boleh menggunakan pelbagai metod untuk mengumpul data. Beberapa persoalan boleh dikemukan sebelum memulakan proses pengumpulan data tersebut :
  • Apakah matlamat kajian tindakan?
  • Apakah aspek yang ingin difokuskan atau ditekankan?
  • Apa yang diperlukan sebagai bukti untuk mencapai matlamat?
  • Adakah kajian anda realistik dan munasabah?
  • Bagaimanakah anda merekod data anda?(alat apa yang digunakan) 
3. Metod Pengumpulan Data
Terdapat banyak kaedah dan cara yang boleh digunakan untuk mengumpul data. Sebagai pengkaji kita perlu bijak memilih jenis metod yang digunakan agar bersesuaian dengan tugasan kita. Yang menjadi keutamaan ialah kualiti data yang telah dikumpul. Bukannya bilangan cara pengumpulan data.

Antara metod yang digunakan untuk pengumpulan data ialah :-
  • questionnaires
  • conducting interviews
  • gathering documentary evidence
  • field diaries and notes
  • systematic observation

TUGASAN KELAS : Konsep dan Rekabentuk Kajian Tindakan


Konsep Kajian Tindakan Kurt Lewin




Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin



Lewin percaya bahawa kesedaran atau motivasi untuk berubah sangat berkait rapat dengan tindakan seseorang : seseorang yang aktif dan tegas dalam membuat keputusan mempengaruhi mereka untuk membina kaedah baru untuk menyelesaikan masalah mereka. “ Pengurusan sosial secara rasional”, katanya “ melibatkan langkah-langkah spiral di mana setiap langkah mengandungi kitaran merancang(planning), tindakan(action) dan dapatan kajian(fact-finding) berdasarkan hasil akhir tindakan.
Lewin menerangkan bahawa proses perubahan melibatkan tiga langkah iaitu :
  1. Unfreezing: berdepan dengan dilema atau ketidakpastian, individu atau kelompok menjadi lebih sedar tentang keperluan untuk berubah.
  2. Changing: Situasi menentukan diagnosis dan model baru untuktingkah laku yang akan diterokai dan diuji.
  3. Refreezing: Aplikasi untuk tingkahlaku akan dinilai dan jika membantu kearah penambahbaikkan maka model itu akan digunakan.
Konsep Kajian Tindakan Stephan Kemmis


Rajah 2 : Model Kajian Tindakan Stephan Kemmis



Stephen Kemmis telah membina satu model ringkas menunjukkan kitaran semulajadi bagi kajian tindakan yang khas (Rajah 2). Setiap kitaran mempunyai empat langkah : merancang, membuat, memerhati dan refleksi.


Konsep Kajian Tindakan Gerald Susman (1983)

Rajah 3 : Model Kajian Tindakan Gerald Susman

Gerald Susman(1983) telah membahagikan model kajian tindakan kepada lima fasa yang akan dilaksanakan dalam setiap kitaran(Rajah 3). Mulanya, masalah akan dikenalpasti dan data akan dikumpul untuk memastikan diagnosis yang lebih terperinci. Ini juga akan disusulkan oleh koleksi asumsi dari pelbagai kemungkinan penyelesaian, daripada setiap perancangan dari tindakan muncul dan dilaksanakan. Data dari setiap hasil intervensi akan dikumpul dan dianalisis, dan dapatan kajian tersebut akan ditafsirkan dengan jelas tentang kejayaan tindakan tersebut. Pada peringkat ini, masalah akan dinilai semula dan proses-proses tersebut akan dimulakan di kitaran yang berikutnya. Proses ini sentiasa berulang sehingga masalah dapat diselesaikan.

TUGASAN 3 : Kaedah 'Verbal Repetition' Dalam Proses P&P (Pendidikan Khas)

Thursday, October 29, 2009

Tarikh : 26 Oktober 2009 (Isnin)


Sesi Pembentangan I, Bilik Perdana C
Tajuk : Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk Berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah 'Verbal Repetition' Dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran.

Nama Guru :
Suzana Mohd Fauzi (P48659), Ummi Salmah Adnan (P48606) dan Najwa Hayatee Abdullah (P48610)


Nama Sekolah : SMK Dato’ Ibrahim Yaacob

Penyataan Masalah
Tujuan Kajian


  1. Meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah ’ verbal repetition’ dalam P&P.

Persoalan Kajian
  1. Adakah kaedah ’ verbal repetition’ ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dalam P&P.
  2. Adakah pelajar bermasalah pendengaran dapat menguasai sebutan istilah perkataan dalam P&P engan menggunakan kaedah ’ verbal repetition’.
Metodologi
  1. Melibatkan 19 orang pelajar di dalam kelas di SMK Dato’ Ibrahim Yaacob
  2. Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988)
Implikasi Kajian

Analisis hasil dapatan dari data pemerhatian.
Pelajar semakin yakin berkomunikasi secara lisan dan juga dalam menyebut istilah-istilah perkataan .Pelajar berani tampil ke hadapan kelas apabila diminta oleh guru .Wujud aktiviti bantu-membantu.
Analisis hasil dapatan dari data temubual.
Sesetengah pelajar sukar untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf-huruf konsonan.
Pelajar berasa seronok kerana diberi pendedahan untuk menyebut istilah-istilah yang agak sukar.

Analisis data daripada rakaman video
Pada awal kaedah diperkenalkan, pelajar kurang yakin dan malu untuk berkomunikasi dan menyebut istilah perkataan

Pada kitar ketiga, pelajar menunjukkan keyakinan dan lebih berani tampil ke hadapan kelas
Ulasan


  • Kaedah yang digunakan dapat meningkatkan keyakinan dan motovasi pelajar


  • Pelajar berpeluang untuk membetulkan sebutan istilah-istilah yang agak sukar


  • Guru berjaya membantu pelajar yang pasif untuk aktif di dalam kelas

Kesimpulan
Kaedah ‘verbal repetition’ membantu meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi secara lisan dan menyebut istilah-istilah perkataan.


TUGASAN 3 : Penggunaan Bahan Maujud Dalam P&P

Tarikh : 27 Oktober 2009 (Selasa)
Sesi Pembentangan II
Bilik Perdana C


Tajuk : Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Empat Bagi Matapelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud


Nama Guru :
Mohd Hafiz bin Hassan(P48678) & Mohd Hairol Hafifi bin Hassan(P48669)

Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam

Penyataan Masalah
Terdapat 3 objektif yang dikemukan untuk kajian ini iaitu:


  1. Mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan Bahan Maujud.


  2. Mengetahui kepentingan penggunaan Bahan Maujud.


  3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahan Maujud.

Persoalan Kajian


  1. Apakah tahap keberkesanan penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?


  2. Apakah keperntingan penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?


  3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?

Metodologi Kajian Tindakan



  1. Sampel kajian ini terdiri daripada 42 orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 Teknik 2 sesi 2009 Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam.


  2. Penyelidikan ini dijalankan berdasarkan aplikasi penggunaan bahan maujud bagi tajuk Zikrullah pengubat hati.


  3. Tempoh kajian dilaksanakan ialah dua sesi p&p iaitu 70 minit.
    Pemerhatian dan penggunaan rakaman video dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan digunakan sebagai instrumen kajian
    Penilaian dan komen guru pembimbing yang turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran:-

  • Kemahiran A : Permulaan variasi dan penerangan.
  • Kemahiran B : Penggunaan papan hitam dan pengesanan.
  • Kemahiran C : Menjelas dan memberi contoh.
  • Kemahiran D : Penyoalan dan pengesanan.

Implikasi Kajian

  1. Pelajar sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses P&P yang akan diajar oleh guru selanjutnya.


  2. Kelas menjadi lebih aktif kerana tertarik dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.


  3. Guru menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk multimedia dan konvensional.
    Penggunaan multimedia sebagai pengubah haluan dan minat pelajar supaya mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang menggunakan konsep yang sama sahaja.


  4. Pelajar begitu seronok, terhibur dan lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun.Guru meletakkan beberapa jenis bahan maujud dan beberapa soalan yang digulung di dalam kertas sebagai pengukuhan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar.

Ulasan
Penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P memang satu pendekatan yang menarik dan ringkas untuk membantu menarik perhatian pelajar-pelajar di dalam kelas. Satu pernyataan yang dikemukakan oleh pembentang amat menarik perhatian saya, di mana beliau menyatakan "BBM yang paling menarik dan terbaik adalah diri guru itu sendiri." Pernyataan ini seolah-olah memberi penegasan bahawa sebagai seorang guru, kita perlu menyediakan diri kita dengan ilmu dan kemahiran yang pelbagai yang pada akhirnya akan membantu kita menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menyampaikan P&P di dalam kelas.

Objektif utama guru mengajar bukan sekadar memastikan objektif pengajaranya tercapai malah memastikan pelajar-pelajarnya memahami konsep serta pembelajaran dalam kelas tersebut. Dalam kajian ini juga disentuh tentang faktor minat pelajar banyak mempengaruhi pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Semakin minat pelajar itu terhadap sesuatu subjek itu, semakin mudah bagi pelajar itu memahami pembelajaran berkaitan dengan subjek tersebut. Oleh itu, guru perlu bijak menarik minat pelajar dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang berbeza dalam proses P&P.

Penerangan yang diberikan ketika P&P juga perlu ringkas, jelas, tepat dan disertai contoh-contoh agar tidak mengelirukan para pelajar. Penggunaan Bahan Maujud merupakan salah satu kaedah yang baik untuk menarik minat pelajar kerana bahan maujud ini memang wujud dan jelas serta mempunyai sifat-sifat yang boleh dikenalpasti oleh deria-deria kita iaitu mata, telinga, lidah, hidung dan kulit. Penglibatan pelajar secara langsung dengan penggunaan Bahan Maujud ini juga menjadikan pelajar aktif dalam proses P&P .Namun begitu, terdapat beberapa aspek lain yang perlu guru tekankan dalam penggunaan bahan maujud semasa peroses P&P, iaitu :

  1. Tulisan guru di papan putih hendaklah lebih jelas.


  2. Kawalan kelas hendaklah sentiasa terkawal.


  3. Kelengkapan bahan maujud perlu disediakan dengan lebih awal.


  4. Lontaran suara guru hendaklah jelas semasa sesi penerangan.

Jaik Nama Kamek Cikgu

Masuk hari ini, dah seminggu dah Cikgu Izzat mengajar sekolah rendah di kawasan pedalaman Sarawak ni. Maklumlah ini kali pertama beliau memulakan tugas di Sarawak.Banyak gak perkara baru yang dia tahu. Masa on the way nak balik gumah dia petang tu, dia lalu sekumpulan budak tgh main bola. Seronoknyer tengok diorng ni main bola.Kreatif tol.Pakai surat kabar pon leh main bola.”Sedih plus terharu aku tengok”, detik hati kecil Cikgu Izzat. Alhamdulillah, budak-budak kat sini semuanya bersemangat untuk belajar dan menghormati para guru.Best owh…selalu dapat buah tangan dari ibu bapak diorng.Tengah syok melayan perasaan ni, tetiba Cikgu Izzat ternampak seorang budak lelaki.Kiut sangat, rasa nak kenal la plak.Tanpa membuang masa, Cikgu Izzat menghampiri budak lelaki tersebut.

Cikgu Izzat : Adik, siapa nama adik?
Budak Lelaki : Aih, cikgu. Selamat petang cikgu.
Cikgu Izzat : Cikgu tanya siapa nama adik?
Budak Lelaki : Jaik nama kamek cikgu.
Cikgu Izzat : Sejaik-jaik nama kitak, cakap saja.
Budak Lelaki : Jaik nama kamek cikgu.
Cikgu Izzat : Jangan sedih, Cikgu tak akan ketawa. Cakap saja nama kamu siapa?
Budak Lelaki : Jaik nama kamek Cikgu.
Cikgu Izzat : Sejaik-jaik nama kamu, cikgu nak juga tahu siapa nama kamu?
Budak Lelaki : Jaik nama kamek Cikgu.

“Ushk..payah betol budak ni.Pemalu sangat kot.Susah betol nak tau nama dia.”,dengus Cikgu Izzat sendirian.Setelah beberapa kali menanyakan soalan yang sama terhadap budak tersebut, Cikgu Izzat mengalah dan akhirnya mengatur langkah untuk pulang ke rumah sambil memerhati budak-budak yang lain bermain di padang kecil tersebut.

“Jaik!Jaik!”.Pekik salah seorang budak dari seberang padang memanggil budak lelaki tadi.Adus, aku tersilap la.Cikgu Izzat tersenyum sendirian.


note: jaik = jahat
cerita ini hanyalah coretan semata-mata.tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati.

KOLOKIUM DPLI UKM ambilan Januari 2009

Wednesday, October 28, 2009

Thumbs UP!!! Tahniah diucapkan kepada semua pelajar DPLI UKM ambilan Januari 2009 kerana telah selesai melaksanakan KOLOKIUM mereka pada 26 dan 27 Oktober 2009 yang lalu bertempat di Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya. Adalah menjadi satu bonus bagi kami, pelajar DPLI UKM ambilan Julai 2009/2010 kerana dapat mengikuti dan secara tidak langsung menyertai KOLOKIUM ini. Pengalaman ini sedikit sebanyak membantu kami memahami 'apa itu KAJIAN TINDAKAN?' dan prosedur-prosedur yang terlibat untuk melaksanakannya.

Pembentangan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pembentangan di Dewan Perdana A, Dewan Perdana B dan Dewan Perdana C. Terdapat 45 pembentangan dilakukan dalam tempoh 2 hari tersebut. Memang tidak dinafikan, tajuk-tajuk Kajian Tindakan yang dilakukan amat menarik dan menyeluruh sesuai dengan temanya iaitu "Holistik dan Versetail" di mana pada akhirnya, satu RESOLUSI baru terbentuk yang bertujuan untuk menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran pendidik-pendidik pada masa akan datang.

Di antara 45 kajian tindakan yang dibentangkan, 2 kajian yang menarik perhatian saya ialah:

  1. Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan 4 Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud.
  2. Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk Berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah 'Verbal Repeatition' Dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran.

Ulasan bagi 2 pembentangan tersebut akan dimasukkan pada entri yang seterusnya~~~~~

TUGASAN KELAS : Mengapa seorang GURU perlu membuat KAJIAN?

Monday, October 26, 2009

  1. Mengenalpasti masalah yang dihadapi semasa proses P&P.
  2. Mengenalpasti kelemahan serta memperbaiki kaedah mengajar yang sedia bagi tujuan penambahbaikan.
  3. Meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan itu sendiri.
  4. Memartabatkan profesion keguruan sebagai profesion yang mulia dan mencabar.
  5. Memperkembangkan daya kreativiti guru dalam proses P&P.
  6. Menggalakkan konsep pendidikan sepanjang hayat disepadukan dalam diri para guru.
  7. Memastikan guru sentiasa bersedia dengan memperkembangkan ilmu yang sedia ada.
  8. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan kemahiran guru sebagai penambahbaikan dalam proses P&P.
  9. Meluaskan perspektif pengajaran yang bukan hanya tertumpu pada aspek kognitif semata-mata.
  10. Meningkatkan motivasi dalam diri para guru dan berani mencuba untuk melakukan perubahan baru berdasarkan keprihatinan guru terhadap pelajar-prlajarnya.
  11. Melahirkan guru yang prihatin dan bertanggungjawab dalam melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan falsafah pendidikan negara.