Thumbs UP!!! Tahniah diucapkan kepada semua pelajar DPLI UKM ambilan Januari 2009 kerana telah selesai melaksanakan KOLOKIUM mereka pada 26 dan 27 Oktober 2009 yang lalu bertempat di Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya. Adalah menjadi satu bonus bagi kami, pelajar DPLI UKM ambilan Julai 2009/2010 kerana dapat mengikuti dan secara tidak langsung menyertai KOLOKIUM ini. Pengalaman ini sedikit sebanyak membantu kami memahami 'apa itu KAJIAN TINDAKAN?' dan prosedur-prosedur yang terlibat untuk melaksanakannya.
Pembentangan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pembentangan di Dewan Perdana A, Dewan Perdana B dan Dewan Perdana C. Terdapat 45 pembentangan dilakukan dalam tempoh 2 hari tersebut. Memang tidak dinafikan, tajuk-tajuk Kajian Tindakan yang dilakukan amat menarik dan menyeluruh sesuai dengan temanya iaitu "Holistik dan Versetail" di mana pada akhirnya, satu RESOLUSI baru terbentuk yang bertujuan untuk menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran pendidik-pendidik pada masa akan datang.
Di antara 45 kajian tindakan yang dibentangkan, 2 kajian yang menarik perhatian saya ialah:
- Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan 4 Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud.
- Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk Berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah 'Verbal Repeatition' Dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran.
Ulasan bagi 2 pembentangan tersebut akan dimasukkan pada entri yang seterusnya~~~~~
0 comments:
Post a Comment