Tugasan 1 : Ulasan Buku dan Tugasan 4 : Mini Kajian Tindakan
Individu : Mengapa guru(pelatih/novis/berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?
Pada awal pengenalan kursus kajian tindakan ini, Dr. Siti telah menekankan tentang maksud Kajian Tindakan dan kepentingannya dalam dunia pendidikan terutamanya bagi seorang guru. Antara sebab mengapa seorang guru perlu membuat kajian tindakan ialah:-
- Mengenalpasti masalah yang dihadapi semasa proses P&P.
- Mengenalpasti kelemahan serta memperbaiki kaedah mengajar yang sedia bagi tujuan penambahbaikan.
- Meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan itu sendiri.
- Memartabatkan profesion keguruan sebagai profesion yang mulia dan mencabar.
- Memperkembangkan daya kreativiti guru dalam proses P&P.
- Menggalakkan konsep pendidikan sepanjang hayat disepadukan dalam diri para guru.
- Memastikan guru sentiasa bersedia dengan memperkembangkan ilmu yang sedia ada.
- Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan kemahiran guru sebagai penambahbaikan dalam proses P&P.
- Meluaskan perspektif pengajaran yang bukan hanya tertumpu pada aspek kognitif semata-mata.
- Meningkatkan motivasi dalam diri para guru dan berani mencuba untuk melakukan perubahan baru berdasarkan keprihatinan guru terhadap pelajar-pelajarnya.
- Melahirkan guru yang prihatin dan bertanggungjawab dalam melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan falsafah pendidikan negara.
0 comments:
Post a Comment