Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/ kaedah mengajar/ pentaksiran pembelajaran :
Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah?
1. TEORI BEBAN KOGNITIF
Teori Beban Kognitif mencadangkan bahawa pembelajaran berlaku dengan terbaik dalam keadaan yang setaraf dengan reka bentuk kognitif individu. Menurut Sweller et al., (1988), kajian yang dihasilkan oleh George Miller menunjukkan bahawa ingatan jangka pendek mengehadkan bilangan elemen yang boleh ditafsir oleh seseorang individu. Oleh itu, Sweller telah membina teori ini dengan menggunakan skema atau gabungan beberapa elemen sebagai asas pengetahuan bagi seseorang individu.
Skema merupakan sejenis struktur yang terdiri daripada kandungan ingatan jangka panjang yang berstruktur kompleks. Struktur ini membenarkan kita untuk menerima, memikir dan menyelesaikan masalah. Dengan itu, struktur ini merupakan struktur yang menyumbangkan kepada asas pengetahuan individu (Sweller et al., 1998). Untuk memastikan proses perolehan skema dapat berlaku, arahan yang berkesan perlu direka demi mengurangkan beban peringatan bekerja (Sweller, 1988).
- Kesan perhatian terasing (Split-Attention Effect) – keadaan di mana penerangan dalam bentuk teks terasing daripada grafik dan pelajar perlu mentafsirkan kedua-dua sumber untuk memahami maklumat baru.
- Kesan modaliti (Modality Effect) – penggunaan modaliti visual dan auditori akan dapat meningkatkan keupayaan ingatan jangka pendek untuk mengambil tindakan.
- Kesan ulangan (Redundancy Effect) – kesan daripada ulangan maklumat yang disembahkan dalam bentuk teks dan grafik. Pelajar dikehendaki mentafsir maklumat yang sama tetapi berlainan jenis dan ini telah menambahkan beban kognitif pada pelajar.
...the learning which result from the process of working towards the understanding of, or resolution of, a problem.
Margetson (1991) pula menganggap PBL sebagai konsep pengetahuan, pemahaman dan pendidikan secara mendalam berbeza daripada kebanyakan konsep yang terletak di bawah pembelajaran berasaskan mata pelajaran.
Kelebihan pendekatan PBL ini:
- Pelajar akan bekerja secara koperatif dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah sebenar dan yang paling penting membina kemahiran untuk menjadi pelajar yang boleh belajar secara kendiri (Hamizer, Baharuddin & Mohamad, 2003).
- Pelajar akan membina kebolehan berfikir secara kritis secara berterusan berkaitan dengan idea yang dihasilkan serta apa yang akan dilakukan dengan maklumat yang diterima. (Gallagher, 1997)
- Pembelajaran berpusat atau bermula dengan masalah.
- Masalah yang digunakan merupakan masalah dunia sebenar yang mungkin akan dihadapi oleh pelajar dalam kerjaya profesional mereka di masa hadapan ( Ill Structured Problem)
- Pengetahuan yang diharapkan dicapai oleh pelajar semasa proses pembelajaran disusun berdasarkan masalah dan bukannya disiplin.
- Para pelajar adalah bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka sendiri.
- Pelajar akan bersifat aktif dengan pemprosesan maklumat.
- Pengetahuan sedia ada akan diaktifkan serta menyokong kepada pembangunan pengetahuan yang baru.
- Pengetahuan akan diperolehi dalam konteks yang bermakna.
- Pelajar berpeluang untuk meningkatkan serta mengorganisasikan pengetahuan.
- Kebanyakan pembelajaran berlaku dalam kumpulan kecil berbanding menerusi kaedah perkuliahan.
Penyelidikan ke atas pekerja sosial yang telah dijalankan oleh Heycox & Bolzan (1990) ke atas pekerja-pekerja berbangsa Vietnam (yang tidak fasih berbahasa Inggeris). Mereka mendapati kebanyakan daripada pekerja sosial tersebut mudah mendapat kemahiran yang dipelajari dengan menggunakan pendekatan PBL ini.