TUGASAN 3 : Penggunaan Bahan Maujud Dalam P&P

Thursday, October 29, 2009

Tarikh : 27 Oktober 2009 (Selasa)
Sesi Pembentangan II
Bilik Perdana C


Tajuk : Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Empat Bagi Matapelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud


Nama Guru :
Mohd Hafiz bin Hassan(P48678) & Mohd Hairol Hafifi bin Hassan(P48669)

Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam

Penyataan Masalah
Terdapat 3 objektif yang dikemukan untuk kajian ini iaitu:


  1. Mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan Bahan Maujud.


  2. Mengetahui kepentingan penggunaan Bahan Maujud.


  3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahan Maujud.

Persoalan Kajian


  1. Apakah tahap keberkesanan penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?


  2. Apakah keperntingan penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?


  3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam?

Metodologi Kajian Tindakan



  1. Sampel kajian ini terdiri daripada 42 orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 Teknik 2 sesi 2009 Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam.


  2. Penyelidikan ini dijalankan berdasarkan aplikasi penggunaan bahan maujud bagi tajuk Zikrullah pengubat hati.


  3. Tempoh kajian dilaksanakan ialah dua sesi p&p iaitu 70 minit.
    Pemerhatian dan penggunaan rakaman video dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan digunakan sebagai instrumen kajian
    Penilaian dan komen guru pembimbing yang turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran:-

  • Kemahiran A : Permulaan variasi dan penerangan.
  • Kemahiran B : Penggunaan papan hitam dan pengesanan.
  • Kemahiran C : Menjelas dan memberi contoh.
  • Kemahiran D : Penyoalan dan pengesanan.

Implikasi Kajian

  1. Pelajar sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses P&P yang akan diajar oleh guru selanjutnya.


  2. Kelas menjadi lebih aktif kerana tertarik dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.


  3. Guru menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk multimedia dan konvensional.
    Penggunaan multimedia sebagai pengubah haluan dan minat pelajar supaya mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang menggunakan konsep yang sama sahaja.


  4. Pelajar begitu seronok, terhibur dan lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun.Guru meletakkan beberapa jenis bahan maujud dan beberapa soalan yang digulung di dalam kertas sebagai pengukuhan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar.

Ulasan
Penggunaan Bahan Maujud dalam proses P&P memang satu pendekatan yang menarik dan ringkas untuk membantu menarik perhatian pelajar-pelajar di dalam kelas. Satu pernyataan yang dikemukakan oleh pembentang amat menarik perhatian saya, di mana beliau menyatakan "BBM yang paling menarik dan terbaik adalah diri guru itu sendiri." Pernyataan ini seolah-olah memberi penegasan bahawa sebagai seorang guru, kita perlu menyediakan diri kita dengan ilmu dan kemahiran yang pelbagai yang pada akhirnya akan membantu kita menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menyampaikan P&P di dalam kelas.

Objektif utama guru mengajar bukan sekadar memastikan objektif pengajaranya tercapai malah memastikan pelajar-pelajarnya memahami konsep serta pembelajaran dalam kelas tersebut. Dalam kajian ini juga disentuh tentang faktor minat pelajar banyak mempengaruhi pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Semakin minat pelajar itu terhadap sesuatu subjek itu, semakin mudah bagi pelajar itu memahami pembelajaran berkaitan dengan subjek tersebut. Oleh itu, guru perlu bijak menarik minat pelajar dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang berbeza dalam proses P&P.

Penerangan yang diberikan ketika P&P juga perlu ringkas, jelas, tepat dan disertai contoh-contoh agar tidak mengelirukan para pelajar. Penggunaan Bahan Maujud merupakan salah satu kaedah yang baik untuk menarik minat pelajar kerana bahan maujud ini memang wujud dan jelas serta mempunyai sifat-sifat yang boleh dikenalpasti oleh deria-deria kita iaitu mata, telinga, lidah, hidung dan kulit. Penglibatan pelajar secara langsung dengan penggunaan Bahan Maujud ini juga menjadikan pelajar aktif dalam proses P&P .Namun begitu, terdapat beberapa aspek lain yang perlu guru tekankan dalam penggunaan bahan maujud semasa peroses P&P, iaitu :

  1. Tulisan guru di papan putih hendaklah lebih jelas.


  2. Kawalan kelas hendaklah sentiasa terkawal.


  3. Kelengkapan bahan maujud perlu disediakan dengan lebih awal.


  4. Lontaran suara guru hendaklah jelas semasa sesi penerangan.

0 comments: